Wednesday, 5 February 2014

jodoh itu milik allah




CINTA ADAM DAN HAWA:

tatkala hati berdegup melihatmu, 
mata terpaku memandang keindahanmu,
telinga seperti dipekakkan dari dunia realiti,
masa bagaikan terhenti,
ketahuilah, 
hanya akal yang menentukan tindakan seterusnya..

wahai adam dan hawa..
bercinta itu tidak salah,
malah terhormat..
andai kita tahu meletakkan cinta pada haknya..

wahai adam dan hawa,
cintakah kamu pada dirimu?
cintakah kamu pada tuhanmu?
cintakah kamu pada rasulmu?
cintakah kamu pada agamamu?
cintakah kamu pada ibu bapamu?

wahai adam dan hawa!
cintakah dia pada dirinya sendiri..
cintakah dia pada tuhannya?
cintakah dia pada rasulnya?
cintakah dia pada agamanya?
cintakah dia pada ibu bapanya?

wahai adam dan hawa..
cinta pada diri sendiri mengawal tingkah laku seseorang..
cinta pada Allah membawa kepada cinta yang sejati dan tidak bertepi..
cinta pada Rasululllah saw membawa kepada pertemuan indah yang tiada penghujung..
cinta pada Islam membawa kepada jihad yang ditagih oleh orang yang beriman..
cinta pada ibu bapa membawa kepada restu dan doa yang tidak terputus hingga ke syurga..

nah, 
lengkapkan dirimu dahulu..
sediakan perisai terbaik untuk dirimu dahulu..
sediakan tembok kukuh dalam hatimu dulu..
barulah engkau mencari cinta yang lain..

wahai adam dan hawa,
cinta itu tidak?
ya, cinta itu tidak salah..
bercinta itu juga tidak salah..
letakkan cinta pada tempatnya yang betul..

wahai adam dan hawa,
andai kamu bercinta dengan Allah, 
kamu akan rasa tiada cinta yang lebih hebat daripada cintaNya..
bercintalah dahulu dengan Allah..
rasailah dahulu nikmatnya bercinta dengan Allah..

wahai adam dan hawa,
moga Allah kurniakan hidayah buat kamu dan diriku jua..
moga Allah kurniakan cintaNya buat kamu dan diriku jua..
moga Allah merahmati kamu dan diriku jua..
bercintalah kerana Allah..
moga kita beroleh cinta yang membawa ke syurga...
amin.....

jom baca cerita pengajaran:


No comments:

Post a Comment